Tindakan itu terpaksa diambil oleh Filipina bagi mengelakkan sebarang kematian di kawasan terbabit.

Setakat ini, 75,450 penduduk telah melarikan diri ke kawasan yang selamat sejak 10 hari gunung berkenaan memuntahkan lava, batu dan abu.

Namun, menurut pegawai pertahanan awam, segelintir penduduk dilihat meninggalkan tempat perlindungan sementara pada siang hari bagi melihat ternakan serta ladang di dalam zon bahaya yang kini melangkau kepada 9 kilometer dari gunung terbabit.

“Pada waktu pagi, mereka pulang ke rumah, terutamanya lelaki. Tetapi ketika petang, mereka kembali ke sini,” kata Maria Evelyn Grollo yang mengendalikan tempat perlindungan sementara di pinggir bandar Legazpi. - AFP