Pihak berkuasa tempatan mengarahkan penduduk setempat agar tidak berada dekat dengan gunung berkenaan.

Pegawai agensi meteorologi, Makoto Saito mengesahkan letusan itu berlaku berdekatan Gunung Io, sebahagian daripada kumpulan gunung berapi, Gunung Kirishima.

“Wujud kemungkinan gunung berapi itu akan menjadi lebih aktif,” kata Saito.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata, sehingga kini belum ada laporan mengenai kehilangan nyawa dilaporkan. - AFP