The Times of India melaporkan, dalam kejadian itu, lelaki tersebut, Maharufkhan Pathan yang tidak puas hati dengan tindakan seorang wanita berusia 50-an memberi makanan kepada anjing jalanan bertindak menegurnya dengan alasan anjing terbabit menyalak setiap kali memandangnya dan menghalang wanita tersebut untuk memberi makanan.

Apabila wanita itu tidak melayan lelaki itu, lantas dia hilang kawalan lalu mengigit pergelangan tangan dua anak perempuan wanita itu yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Lelaki itu kini ditahan polis untuk siasatan lanjut -AGENSI