Times of India melaporkan, jurucakap polis memberitahu, mangsa, M. Girija, 36, yang kematian suaminya, sembilan tahun lalu pernah membuat laporan polis terhadap lelaki itu kerana sering menganggunya.

Bagaimanapun, semalam, lelaki itu dikatakan menghalang mangsa yang sedang dalam perjalanan ke rumah dari sebuah kedai jahit berhampiran sebelum menyimbah asid terhadapnya.

Mangsa kini ditempatkan di Hospital Kerajaan Kolej Kanyakumari. -AGENSI