Pelayar berusia 34 tahun itu melepasi garisan penamat maya di antara Pulau Ushant di perairan barat laut Perancis dan Lizard Point di barat daya England pada pukul 9.45 pagi waktu Malaysia.

Rekod dicapai Gabart itu sekali gus memecahkan rekod yang di­buat sebelum ini oleh rakan sene­garanya, Thomas Coville, lebih enam hari 10 jam.

Masa perlumbaan itu diumumkan oleh pemerhati dari World Sailing Speed Council namun rekod itu masih tertakluk kepada pemeriksaan kotak hitam bot dan data sistem penentu kedudukan global (GPS) sebelum pengesan rasmi.

Gabart bapa kepada dua orang anak itu muncul pemegang keempat bagi rekod pelayaran mengelilingi dunia secara solo.

Sejak rekod itu pertama kali dibuat pada 2004, catatan masa itu berjaya dikurangkan kepada 30 hari.

Penyandang rekod itu, Francis Joyon berjaya melengkapkan ca­baran mengelilingi dunia secara solo dalam tempoh 72 hari 22 jam pada tahun berkenaan.

Pelayar wanita Britain, Ellen MacArthur memulakan cabaran memecahkan rekod dan melakukannya dalam tempoh 71 hari 14 jam, setahun kemudian.

Rekod wanita berkenaan tak terkalah sehingga 2016 sehinga Coville mencatatkan rekod baharu dalam tempoh 49 hari tiga jam dan dijangka sukar dikalahkan selepas itu. – AFP