Perintah eksekutif itu ditandatangani Duterte kelmarin dengan menjelaskan semua tempat awam sama ada di dalam atau di luar premis sebagai kawasan larangan merokok.

Setiausaha Eksekutif Filipina, Salvador Medialdea berkata, arahan itu termasuk di kawasan permainan awam, kawasan sukan, kaki lima, sekolah, tempat kerja, pejabat-pejabat kerajaan, restoran dan sebagainya.

Turut tersenarai adalah lif, kapal terbang, kapal, bas, teksi, kereta api, beca dan kenderaan awam lain. - DPA