Difahamkan, nahas itu berlaku apabila sebuah bas mini yang dalam perjalanan ke gereja bertembung dengan bas yang lebih besar di Agoo, kira-kira 200 kilometer ke utara Manila.

Menurut laporan, nahas yang sama turut menyebabkan seramai 24 penumpang daripada kedua-dua bas mengalami kecederaan. -AFP