Pihak studio terbabit tidak banyak mendedahkan tentang sekuel kesembilan filem sains fiksyen popular itu melainkan memberitahu Trevorrow menulis skrip filem berkenaan bersama Derek Connoly.

Pendatang baharu, John Boyega, Daisy Ridley, Adam Driver dan Oscar Isaac bakal membintangi filem angkasa lepas itu yang mungkin memulakan penggambarannya pada tahun depan.

Kebanyakan filem Star Wars ditayangkan semasa musim panas melainkan sekuel The Force Awakens, trilogi baharu pertama termasuk Rogue One yang dita­yangkan pada pertengahan 2015 dan tahun lalu dengan slot sama yang diperuntukkan untuk filem Star Wars: The Last Jedi pada tahun ini.

Pengumuman baharu itu juga mengesahkan eksperimen filem itu kembali kepada musim kemun­caknya dengan filem Han Solo dijangka ditayangkan pada Mei tahun depan.

Sementara itu, Disney turut mengumumkan beberapa tarikh bagi tayangan filem keluaran mereka sehingga November 2021 dengan kebanyakannya digambarkan sebagai Untitled Marvel, Untitled Pixar atau Untitled Disney Fairy Tale.

Bagi sekuel filem francais Indiana Jones yang juga belum dinamakan, Disney menetapkan tarikh tayangannya pada 10 Julai 2020 bagi memberi laluan kepada filem The Lion King yang dijadual ditayangkan pada 19 Julai 2019.

Filem Frozen 2 pada masa sama akan menemui peminat pada 27 November 2019. – AFP