Kemalangan itu dilaporkan berlaku di bandar Real kira-kira 70 kilometer dari timur Manila ketika feri berkenaan menuju ke pulau Polilio.

Jurucakap pengawal pantai, Armand Balilo berkata, pihaknya menerima laporan terdapat kemalangan jiwa namun mereka masih menyiasat.

Katanya, helikopter dan kapal penyelamat dalam perjalanan ke tempat kejadian. - AFP