Pendedahan itu dibuat oleh para penyelidik dari Universiti Yale dan Universiti California, San Diego (UCSD) melalui kajian terbaharu mereka.

Hasil kajian itu juga mendapati, individu yang sering meng­akses laman sosial adalah tidak gembira dan sihat berbanding mereka yang mengaksesnya sekali-sekala.

Berdasarkan laporan portal Metro, para penyelidik mengkaji penggunaan Facebook dan kesihatan mental terhadap 5,208 sukarelawan bermula pada tahun 2013 sehingga 2015.

Selepas menganalisis data, mereka menemukan peningkatan penggunaan Facebook ‘berkait rapat dengan kesihatan psikologi, fizikal dan tolak ansur sosial’.

Kajian itu juga turut mendedahkan bahawa jika seseorang itu lebih banyak mengemaskinikan profil atau menyukai sesuatu status lebih daripada biasa, mereka berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan mental.

Kajian berkenaan disiarkan oleh Amerian Journal of Epidemiology yang diketuai oleh Pembantu Profesor Kesihatan Umum UCSD, Holly Shakya dan Pengarah Makmal Sifat Manusia Universiti Yale, Nicholas Christakis.