Sistem berkenaan direka untuk mengesan status terkini dan ulasan-ulasan berikutnya yang menunjukkan seseorang itu dalam bahaya.

Pengiraan algoritma sistem itu secara serta merta akan menghantar laporan kepada individu yang memberi ulasan terakhir supaya dia boleh menghubungi pengguna Facebook itu dan mencadangkan sekiranya bantuan perlu diberikan.

Pada masa ini, Facebook bergantung kepada sistem laporan kendalian manusia berhubung kes-kes yang mempunyai kecenderungan membunuh diri melalui kaedah rakan pengguna akan menekan butang untuk memaklumkan syarikat itu tentang kejadian terbabit.

Justeru syarikat berkenaan berharap lebih ramai pengguna dapat dibantu melalui sistem automatik itu, lapor portal Dailymail.

Sistem AI akan mencari status yang dipercayai pengguna berada dalam kesedihan dan kesakitan termasuk me­lalui maklum balas daripada rakan yang mengambil berat tentang keadaannya.

Selain itu, Facebook akan menambah alat bantu halangan membunuh diri pada Facebook Live selepas beberapa kematian disiarkan sejak aplikasi itu diperkenalkan.

Ini memberi pilihan kepada pengguna untuk melaporkan tentang keadaan rakan mereka, jika mereka mengambil berat dan memberi maklumat untuk membantu.