FAA ketika ini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional serta berkemungkinan akan berkongsi maklumat keselamatan melibatkan pesawat itu.

“Sekiranya kami mengenal pasti isu yang menjejaskan keselamatan, FAA akan mengambil langkah segera dan sewajarnya,” kata FAA dalam satu kenyataan dikeluarkan. - AFP