Tindakan tersebut meningkatkan ketegangan yang telah pun berlaku antara China dan AS, dua negara kuasa besar ekonomi ketika Trump meneruskan agenda `America First’ selain mencetus pertikaian dengan rakan dagang utama yang lain.

Perang perdagangan itu juga telah menampakkan bayangan berlakunya perang perdagangan global yang menghantui pasaran kewangan ekoran kebimbangan tercetusnya kesan serius terhadap ekonomi dunia. - AFP