Identiti kesemua suspek terbabit didedahkan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) dalam satu sidang media hari ini.

Mereka adalah tiga warga Rusia iaitu Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov serta seorang rakyat Ukraine dikenali sebagai Leonid Kharchenko.

“Hari ini, kami akan menghantar waran tangkap antarabangsa kepada mereka. Mereka akan disenaraikan sebagai penjenayah paling dikehendaki di peringkat nasional dan antarabangsa,” kata Ketua Konstabel Polis Nasional Belanda, Wilbert Paulissen.

Keempat-empat suspek akan dibicarakan di Belanda bermula 9 Mac tahun hadapan. - AFP