Bas tersebut membawa pekerja-pekerja pulang dari agensi pemantau kerajaan.

Jurucakap Suruhanjaya Pembaharuan Pentadbiran Bebas dan Perkhidmatan Awam (IARCSC), Farid Ahmad berkata, bom tersebut telah disembunyikan pada sebuah basikal yang diletakkan di tepi jalan raya.

“Malangnya, kita kehilangan empat rakan kerja, sembilan lagi mengalami kecederaan,” katanya,

Bagaimanapun Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi menyatakan jumlah kematian seramai lima orang dan 10 lagi cedera melibatkan kesemua orang awam. - AFP