CALIFORNIA 15 Nov. - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas ditembak seorang lelaki tidak dikenali di beberapa lokasi disini termasuk di sebuah sekolah rendah.
BBC melaporkan, insiden tembakan itu bermula di sebuah rumah di Rancho Tehama, kira-kira 195 kilometer dari Sacramento pada awal pagi semalam.
Kemudian, suspek menuju ke Sekolah Rendah Rancho Tehama dan melepaskan tembakan sekali lagi.
Suspek berjaya ditembak mati oleh polis selepas dia menembak empat mangsa. - AGENSI