Gulen sebelum ini dituduh menjadi dalang utama kerana cubaan rampasan kuasa menentang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada tahun lalu.

Polis menggeledah rumah keempat-empat suspek yang dikatakan begitu lantang mengkritik Erdogan dan parti pimpinannya, Parti AK menerusi akhbar Sozcu.

Agensi berita Anadolu berkata tuduhan terhadap keempat-empat suspek termasuklah merancang pembunuhan Presiden dan serangan fizikal serta pemberontakan bersenjata menentang kerajaan Turki. - REUTERS