Mugabe, 93, yang telah mengetuai kemerdekaan negara ini pada 1980, meletak jawatan Selasa lalu selepas rampasan kuasa tentera dan parti memerintah, ZANU-PF menolak beliau.

Pemimpin paling lama memerintah di dunia itu, berundur selepas Parlimen memulakan prosiding untuk mencabar beliau, keputusan yang diraikan oleh rakyatnya.

Semalam, Mnangagwa, 75, mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mengambil tindakan `membalas dendam’, nada yang sama dibuat Mugabe hampir empat dekad lalu. - REUTERS