Bekas pemain pasukan pemuda kebangsaan Bahrain yang diberi status pelarian di Australia selepas melarikan diri daripada tuduhan berkaitan Arab Spring (kebangkitan Arab).

Lelaki itu ditahan di lapangan terbang Bangkok ketika mahu berbulan madu di negara tersebut atas permintaan Bahrain pada November lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa, Chatchom Akapin berkata, kerajaan Bahrain menarik balik permintaan ekstradisi lelaki berkenaan.

“Kami dimaklumkan bahawa Bahrain mahu menarik balik permintaan ekstradisi, jika mereka tidak mahu dia maka kami tidak mempunyai alasan untuk menahannya,” ujarnya.

Tambahnya, proses membebaskan lelaki tersebut sedang dilakukan. -AFP