Gesaan tersebut dibuat Trillanes dalam kenyataan yang dibuat hari ini.

“Saya mencabar beliau untuk membuat ujian jika benar-benar mahu membuktikan dirinya bebas daripada penggunaan dadah,” katanya.

Duerte, yang secara lantang memerangi dadah mengaku sekadar bergurau apabila mengaitkan dirinya dengan pengambilan dadah jenis itu untuk kekal aktif.

Dalam pada itu, jurucakap kepada Duterte, Salvador Panelo dalam kenyataan balas berkata presiden itu tidak akan menyahut gesaan tersebut.

“Dia (Trillanes) yang sepatutnya menjalani ujian dadah,” ujarnya.- REUTERS