Duterte percaya langkah berkenaan memberi manfaat jangka panjang berbanding cabaran belanjawan jangka pendek.

“Pendidikan percuma di peringkat universiti dan kolej adalah asas kukuh atau satu batu loncatan kepada dasar pembangunan sosial Duterte,” kata Timbalan Setiausaha Eksekutif, Menardo Guevarra.

Walau bagaimanapun, para penganalisis ekonomi menyifatkan langkah tersebut adalah tidak wajar kerana kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak AS$2 bilion (RM8.5 bilion) setahun serta akan memberi manfaat kepada pelajar lebih kaya.

Guevarra berkata langkah terbabit telah ditandatangani dan semua pihak perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah utama yang membelenggu rang undang-undang baharu tersebut iaitu pembiayaan.

“Semua orang termasuk pengurus ekonomi perlu harus memberi perhatian kepada aspek tertentu iaitu pembiayaan untuk program in,” ujar Guevarra. - REUTERS