Kajian yang dijalankan sekumpulan pakar dari Scotland menunjukkan bagaimana sejenis protein dipanggi
Kajian yang dijalankan sekumpulan pakar dari Scotland menunjukkan bagaimana sejenis protein dipanggi

Para saintis kini  berusaha memahami sepenuhnya bagaimana protein yang dikenali sebagai ‘Hira’ dapat berfungsi dengan baik.

Pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Taranjit Singh Rai, yakin Hira akan menjadi asas pendekatan baharu dalam bidang perubatan serta kaedah rawatan berkesan untuk jangkitan virus.

Tiga tahun lalu, Taranjit dan pasukan saintis di Institut Kanser Beatson serta Glasgow University melaporkan bahawa Hira dapat menghentikan pembahagian sel yang tidak terkawal yang menyebabkan kanser.- AGENSI

Sebastian Kurz pemimpin termuda dunia

 

VIENNA - Pemimpin Parti Rakyat Austria, Sebastian Kurz memenangi Pilihan Raya Umum negara itu, sekali gus menjadikan beliau sebagai ketua kerajaan termuda di dunia.

Kurz, 31 yang pernah mencipta sejarah sebagai Menteri Luar termuda Eropah mengumumkan kemenangannya Isnin lalu selepas lebih 90 peratus undi dikira.

Difahamkan, Kurz adalah dua tahun lebih muda daripada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan lapan tahun lebih muda daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Pemimpin parti konservatif itu sebelum ini berikrar untuk menyelesaikan masalah pendatang asing ke Eropah dan memperbaiki manfaat diperoleh oleh mereka.

New Zealand pilih PM baharu

Jacinda Ardern
Jacinda Ardern

WELLINGTON – Pemimpin pembangkang New Zealand, Jacinda Ardern dijangka dilantik sebagai Perdana Menteri baharu negara ini selepas pemimpin populis, Winston Peters menyokong wanita berusia 37 tahun itu untuk membentuk kerajaan.

Keputusan itu dibuat Peters selepas keputusan pilihan raya pada 23 September lalu 'terikat’ memberikan Parti Buruh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan perikatan dengan Parti Pertama New Zealand yang diketuai Peters dan Parti Greens. 

“Kita mempunyai pilihan untuk membuat perubahan dan itu adalah sebab kami memilih kerajaan campuran melibatkan Parti Pertama New Zealand dan Parti Buruh.

“Ardern menunjukkan kebolehan luar biasa dalam kempen yang dilakukannya,” katanya kepada media.

Ardern bakal menyandang gelaran Perdana Menteri New Zealand paling muda sejak 1856 dan menjadi antara tiga wanita yang pernah memegang jawatan tersebut.

Keputusan itu secara tidak langsung memberi tamparan kepada Perdana Menteri Bill English yang tidak menjangka meraih kemenangan undian sebanyak 44.4 peratus iaitu lebih tinggi berbanding Parti Buruh yang mencatat 36 peratus undian.

Sejak 1996, ini merupakan kali pertama New Zeland menggunakan kaedah pengundian berkadar yang menyaksikan parti yang memperoleh jumlah undian terbanyak gagal membentuk kerajaan. – AFP

Kereta solar dinobat kereta masa depan

This handout from the World Solar Challenge taken and received
This handout from the World Solar Challenge taken and received

ADELAIDE – Sebuah kereta solar milik keluarga dari Belanda dinobatkan sebagai ‘kereta masa depan’ selepas Pertandingan Solar Dunia yang bermula di Darwin melabuhkan tirai pada minggu lalu.

Pertandingan itu menyaksikan sebanyak 41 kereta solar berlumba dalam jarak 3,000 kilometer merentasi Darwin ke Adelaide.

Kereta yang diberi nama ‘Stella Vie’ oleh pasukan Eidhoven itu dijangka menjuarai keseluruhan pertandingan berdasarkan beberapa aspek yang diambil kira iaitu rekaan, praktikal, kecekapan tenaga dan inovasi.

Ketika pertandingan, kereta tersebut membawa lima penumpang dan bergerak pada kelajuan 69 kilometer per jam.

Pengarah program pertandingan, Chris Selwood berkata, Stella Vie boleh dijadikan sebagai contoh kereta pada masa depan.

“Kereta solar hebat ini direka berdasarkan faktor komersial dan dilengkapi dengan ciri-ciri untuk keluarga, kemewahan dan kereta sport.

“Ini adalah ciri kereta solar pada masa depan. Apabila kereta anda di parkir di rumah, ia masih mampu dicaj dan membekalkan tenaga,” katanya.

Kebanyakan kereta yang berlumba dalam pertandingan itu dibangunkan oleh universiti dan pihak korporat dari seluruh dunia. – AFP