Malah pemilihan mereka itu juga berlaku ketika retorik anti-Islam dikatakan semakin meningkat di AS.

Ilham Omar, pelarian dari Somalia telah memenangi kerusi Kongres di kawasan yang menjadi kubu kuat Demokrat iaitu Minnesota yang mana dia menggantikan Keith Ellison, yang merupakan orang Islam pertama dipilih ke Kongres.

Roshida Tlaib pula, yang merupakan pekerja sosial dilahirkan di Detroit daripada keluarga pelarian Palestin menang tanpa bertanding ke atas calon Republikan.

Rashida Tlaib (L) meraikan kemenangan beliau sebagai ahli Kongres
Rashida Tlaib (L) meraikan kemenangan beliau sebagai ahli Kongres bersama ibu dan abangnya.

Kemenangan kedua-dua calon itu menambahkan jumlah wakil Islam di Kongres kepada tiga.

Ahli Kongres Islam, Andre Carson turut dipilih semula bagi negeri Indiana yang juga merupakan kubu kuat Demokrat.

Pemilihan Kongres dI Amerika Syarikat kali ini berlangsung dalam suasana sentimen anti-Islam meningkat di seluruh negara.

Majlis Perhubungan Islam-Amerika (CAIR) melaporkan, berlaku peningkatkan sebanyak 21 peratus terhadap jenayah kebencian terhadap Islam untuk enam bulan pertama 2018. - AFP