Mayat Robert Gilhooad, 80, ditemukan pada 3 November lalu di Jimbaran, sebuah perkampungan nelayan yang terletak di bahagian selatan pulau tersebut.

Ketua Siasatan Jenayah Denpasar, Aris Purwanto berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Gilhooad mendapati, lelaki tersebut telah dibunuh.

“Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kiri kepalanya,” kata Aris yang memberitahu, penyerang menggunakan objek seperti besi untuk mencederakan mangsa.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan kedua-dua suspek yang ditahan itu buat masa ini.

Tragedi pembunuhan warga Belanda itu merupakan yang kedua dalam tempoh beberapa bulan di perkampungan nelayan berkenaan selepas sepasang warga emas Jepun mati dibunuh dalam keadaan mengerikan pada 4 September lalu. - AFP