NARATHIWAT 19 Jan. – Dua sami Buddha terbunuh manakala dua lagi cedera dalam insiden serangan yang berlaku di sebuah kuil dekat sini semalam.
Dalam kejadian itu, dua sami berkenaan dilaporkan mati di tempat kejadian di Kuil Rattanupap selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh beberapa lelaki tidak dikenali.
Dua lagi individu yang cedera kini dirawat di hospital berdekatan.
Jurucakap polis daerah Su-ngai Padi berkata, enam individu dipercayai terlibat dalam serangan tersebut.
Pemberontakan yang dicetuskan kumpulan pemisah telah berlarutan hampir 15 tahun di selatan Thailand.
Kumpulan pemantau, Deep South Watch melaporkan, lebih 6,900 orang terbunuh manakala 13,000 lagi cedera sejak keganasan tercetus di wilayah tersebut pada 2004.
Ketua agama Buddha dan Islam serta kakitangan kerajaan sering menjadi sasaran serangan.
Tiada mana-mana pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab ke atas serangan demi serangan yang dilakukan itu. – reuters