Lapor Channel News Asia, dua suspek berkenaan, masing-masing berusia 18 dan 33 tahun, ditahan semalam dalam satu operasi di Ubi Avenue 1 serta wang tunai sebanyak AS$442,305 (RM1.7 juta) dirampas.

Kedua-dua suspek didakwa menipu dua orang wanita membabitkan wang tunai sebanyak AS$307,367 (RM1.2 juta) awal bulan ini.

Dua wanita terbabit dikatakan menerima panggilan palsu yang mendakwa mereka adalah pegawai polis dari China.

Suspek memberitahu mereka terlibat dalam kes pengubahan wang haram antarabangsa dan mengarahkan kedua-dua wanita itu untuk mengeluarkan semua wang simpanan dari akaun bank untuk tujuan siasatan.

Sekiranya bersalah, kedua-dua suspek boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.