Terdahulu, portal Channel News Asia melaporkan, sekurang-kurangnya lima daripada 13 krew kapal korek berkenaan masih hilang selepas kapal itu terbalik sebelum tenggelam setelah berlanggar dengan sebuah kapal tangki.

Seorang rakyat Malaysia adalah antara 12 anak kapal korek JBB DE Rong 19 yang didaftar di Republik Dominika berlanggar de­ngan kapal tangki yang didaftar di Indonesia, Kartika Segara.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 12.40 tengah malam berkata, seramai 11 lagi anak kapal itu merupakan warga China.

Menurutnya, tujuh daripada anak kapal telah dibawa ke Hospital Umum Singapura untuk mendapatkan rawatan sementara lima lagi tidak dapat dikesan.

MPA berkata, 26 anak kapal Kartika Segara tidak cedera.

“MPA mengetuai operasi mencari dan menyelamat manakala agensi Singapura yang berkaitan juga turut membantu mengesan lima lagi yang hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian dilapor berlaku ketika kapal korek itu berlepas dari laluan barat sementara kapal tangki itu menuju laluan timur.