Anggota kumpulan Highlight, Yong Jun Hyung, 29 yang sebelum ini dikenali sebagai Beast, berundur selepas dia mengaku menonton video seks membabitkan penyanyi, Jung Joon Young yang dirakam secara rahsia.

Beberapa jam kemudian, anggota kumpulan FT Island, Choi Jong Hoon, 29, pula membuat pengumuman sama dan akan disoal siasat polis kerana disyaki terbabit dalam skandal seks itu.

Kelmarin, Joon Young disoal siasat polis selepas mengaku dia berkongsi rakaman itu dengan lelaki lain termasuk Seungri yang turut terpalit dengan siasatan skandal seks. -AFP