Polis dalam kenyataan berkata, kereta berkenaan melayang ke arah kanak-kanak terbabit selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan berat.

Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan, masing-masing berumur dua tahun mati ditempat kejadian.

“Kereta itu merempuh 13 kanak-kanak dan tiga orang guru yang berada berdekatan,” katanya.

Polis dalam pada itu mengesahkan penahanan dua wanita berumur 52 dan 62 tahun yang merupakan pemandu kepada kedua-dua kenderaan berkaitan.- AFP