Sebuah bot panjang yang membawa kira-kira 43 penumpang karam di Makasar di kepulauan Sulawesi, menyebabkan sebanyak 13 maut selain sebuah bot laju yang membawa sebanyak 30 penumpang karam di Sumatra Selatan yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang.

Kemalangan feri adalah lazim di Indonesia, terutama semasa perayaan Aidilfitri apabila jutaan rakyat negara berkenaan pulang ke kampung halaman melalui jalan darat, laut dan udara. -REUTERS