CNN Indonesia melaportkan Vanessa Angel dan seorang lagi artis yang dikenali sebagai AF ditahan di sebuah hotel di Surabaya, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Ketika ditahan kedua-dua mereka dikatakan sedang melayan pelanggan masing-masing.

Polis memberitahu, hasil siasatan mendapati VA menetapkan harga Rp80 juta (RM23,040) manakala seorang lagi artis AF pula menetapkan Rp25 juta (RM7,200) bagi perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

Menurut polis, kedua-dua mereka ditahan selepas polis menerima aduan daripada orang awam dan risikan hampir satu bulan. - AGENSI