Bagaimanapun, isteri Taufik Alamsyah, Sri Yunida telah me­ninggal dunia selepas ditemukan dalam plastik hitam di Dusun Lamseunong, Desa Kajhu Daerah Baitusallam, Aceh Besar, Rabu lalu.

Katanya, dia pernah dianggap orang gila kerana masih mengharap keajaiban dapat dipertemukan dengan isterinya semula.

“Selama 14 tahun saya masih mengharap Sri Yunida kembali biar apapun keadaannya,” jelasnya.

Taufik yang dipetik Okezone sebagai berkata, dia menerima panggilan memberitahu jena­zah Sri Yunida telah ditemukan lengkap dengan bukti lesen memandu semasa penemuan itu.

Jenazah Sri Yunida ditemukan pekerja bangunan bersama 46 jenazah lain dalam satu liang lahat yang secara tidak sengaja digali ketika kerja pembinaan sistem pembuangan air kumbahan.

“Ketika kejadian tsunami 2004 itu, saya bersama isteri dan ibu bapanya cuba lari menyelamatkan diri dari rumah mereka.

“Bagaimanapun, kami dibadai ombak tsunami hingga terseret dua ratus meter dari rumah,” katanya mengimbas semula bencana yang berlaku itu.

Tambah Taufik, dia dapat menyelamatkan diri dengan memegang tiang sebuah rumah namun Sri Yunida terlepas daripada genggamannya.

“Saya cuba mencari dia, ibu bapa dan anaknya namun mereka tidak dapat ditemukan hingga membuatkannya menghadapi tekanan perasaan,” katanya. – AGENSI