Taman tema berkenaan yang mampu menarik lebih 15 juta orang pelancong setiap tahun, menghasilkan 19 tan sisa buangan tahun lalu.

Menurut pengurus alam sekitar taman tema itu, Nicole Ouimet-Herter, pihaknya ketika ini mengitar semula kertas, gelas dan 18 jenis bahan lain yang boleh dikitar semula.

Setakat ini, sebanyak 50 peratus daripada jumlah sisa buangan berjaya dikitar semula dan Ouimet-Herter mengharapkan angka tersebut meningkat kepada 60 peratus menjelang tahun hadapan.

Bermula Khamis ini, taman tema itu akan menguatkuasakan larangan straw plastik dan digantikan dengan versi kertas boleh diguna semula.

Bagaimanapun, ia hanya akan diberikan sekiranya diminta oleh pengunjung. - AFP