Dalam operasi dekat Anketell, pinggir Perth itu, antara yang ditahan adalah seorang lelaki berusia 28 tahun yang menetap secara haram sejak Julai 2017 dan dipercayai terbabit dalam eksploitasi pekerja asing dalam sektor pertanian serta bertindak sebagai ejen.

Turut ditahan ialah ibu bapa lelaki itu yang berusia 47 dan 54 tahun, tiga adik lelaki berusia antara 13 dan 24 tahun serta adik ipar perempuannya, 24 tahun.

ABF dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, ke­semua mereka ditahan di rumah sewa mereka .

Katanya, semakan awal mendapati, lelaki yang berusia 28 tahun itu bekerja dalam sektor pertanian, manakala kedua-dua adik lelakinya juga dilaporkan bekerja secara haram.

Channel News Asia melaporkan, kesemua mereka kini ditahan di pusat tahanan sementara dan dijangka dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

Pegawai penguat kuasa ABF di barat Australia, Clint Sims berkata, eksploitasi pekerja ha­ram semakin membimbangkan apabila jumlah mereka semakin me­ningkat sejak kebelakangan ini.

“Pekerja-pekerja ini tidak di­se­diakan kemudahan yang selesa, dibayar gaji yang kurang dan diberi layanan yang kurang baik,” katanya. – AGENSI