Menerusi kenyataan dalam wawancara radio, Dias memberitahu akan menghantar undangan untuk melantik Bundchen sebagai duta bagi kempen dan usaha Brazil menyalurkan makanan kepada dunia sambil memelihara alam semula jadi.

“Maaf Gisele Bundchen, anda sepatutnya menjadi duta, menyatakan negara anda memelihara dan pelopor kepada usaha pemeliharaan (hutan), bukan menghentam Brazil tanpa fakta,” katanya.

Bundchen, yang mendirikan rumahtangga bersama bintang bola sepak Amerika Syarikat, Tom Brady, berperang dengan bekas Presiden, Michel Temer di media sosial tentang dasar untuk mengecilkan atau menghapuskan kawasan perlindungan di Amazon. REUTERS