Ketua Biro Informasi Awam, Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Republik Indonesia, Brigadier Jeneral Dedi Prasetyo berkata, ketika ini pihaknya masih memeriksa untuk mendapatkan fakta lebih lanjut mengenai bunyi letupan itu.

“Kejadian itu disiasat terlebih dahulu oleh pihak polis. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya di sini seperti dilaporkan Tribunnews.

Bunyi seakan-akan letupan kedengaran di sekitar kawasan GBK ketika acara debat pusingan kedua calon Presiden.

Ledakan itu mengejutkan sukarelawan Jokowi-Ma’ruf yang sedang menonton debat di kawasan letak kereta di Timur Senayan, tidak jauh dari lokasi letupan itu.

Mereka lari menyelamatkan diri dalam ketakutan dan beberapa daripadanya mengesyaki bahawa letupan itu adalah bom.