Kejadian serangan itu berlaku ketika Libya sedang membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya hujung tahun ini dalam usaha untuk bangun daripada ketidakstabilan sejak pembunuhan Muammar Gaddafi pada 2011.

Dua penyerang bersenjata menyerang bangunan suruhanjaya pilihan raya pada pagi ini, menembak pengawal dan pegawai bertugas sebelum meletupkan diri sendiri, kata Menteri Dalam Negeri, Abdelsalam Ashour.