Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cubaan singkir Trump

Scaramuncci dakwa terdapat komplot di White House

Anthony Scaramucci
Anthony Scaramucci

WASHINGTON 14 Ogos - Bekas Pengarah Komunikasi White House, Anthony Scaramucci mendedahkan terdapat kumpulan tertentu dalam White House yang mahu menyingkirkan Presiden Donald Trump.

Scaramucci yang dipecat daripada jawatannya pada bulan lalu memberitahu, beliau mempunyai beberapa nama mereka yang menentang kepemimpinan Trump.

“Apa yang berlaku di Washington ialah Presiden bukan wakil golongan yang berkuasa, oleh itu apa juga alasan, ‘mereka’ telah membuat keputusan mahu menyingkir Trump,’’ katanya kepada ABC News, semalam.

Beliau juga berpendapat terdapat ‘elemen’ dalam Washington termasuk di White House yang tidak mahu bersekongkol dengan kepentingan atau agenda Presi­den.

Scaramucci dalam laporan ABC News yang dipetik BBC berkata, Trump perlu membawa masuk lebih ramai ‘kumpulan yang setia’ bagi membolehkan agendanya dilaksana.

Beliau bercakap kepada ABC News buat pertama kalinya selepas dipecat daripada jawatan yang disandang hanya 10 hari ekoran pendedahan rakaman perbualan telefonnya yang menentang keras Ketua Staf White House ketika itu, Reince Priebus.

Malah, beliau juga turut me­ngutuk dengan mengeluarkan ka­ta-kata yang sewajarnya kepada Ketua Strategi, Steve Bannon.

Menurut Scaramucci, beliau me­nyangkakan perbualan tidak dirakamkan tetapi mengakui ‘menerima akibat daripada perbualan’ tersebut.

Scaramucci mengkritik penga­ruh Bannon dan pelancaran laman sesawang Breitbart News yang di­ban­tunya.

Bannon berpendapat, Trump perlu memasuki aliran utama dan sederhana bagi membolehkan agenda perlembagaan yang dilaksanakan berjaya.

Pemecatan Scaramucci juga menyaksikan berlaku perubahan di White House dengan apabila Priebus dan jurucakap pusat pentadbiran AS itu, Sean Spicer meletak jawatan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain