Penemuan tersebut pada kemudahan penghantaran berdekatan lapangan terbang Manila merupakan rampasan terbaharu di negara ini yang menjadi sumber terbesar dan lokasi transit penyeludupan hidupan liar.

Pihak kastam mencurigai bungkusan itu lalu membukanya lantas menemukan kotak-kotak biskut, teh dan bijiran.

Bagaimanapun, ia juga mengandungi banyak bekas plastik dengan labah-labah berkenaan.

Menurut Ketua Unit Pemantauan Trafik Hidupan Liar, Arnel Matreo, dua orang yang cuba mengambil bungkusan itu ditahan atas dakwaan melanggar undang-undang kastam dan perlindungan hidupan liar. - AFP