Menteri Kehakiman, Alexis Thambwe Mwamba berkata, Presiden Joseph Kabila telah memecat lebih 200 individu yang tidak memenuhi syarat untuk berkhidmat sebagai majistret.

Laporan media tempatan menyebut, seramai 256 majistret sama ada digantung tugas atau dipecat, dua lagi meletak jawatan manakala seorang lagi diarah untuk bersara awal.

Negara ini mempunyai kira-kira 4,000 majistret.

Mwamba berkata, mana-mana indivdiu tidak dibenarkan menyertai bidang kehakiman dengan tujuan untuk mendapatkan wang. - AFP

habis