Jurucakap Pejabat Hal Eh­wal Pembuat Dasar Taiwan China, An Fengshan berkata, agensi terbabit perlu mena­matkan aktiviti mereka serta-merta.

Semalam, televisyen tempatan menyiarkan siri pertama perincian kes tentang penuntut China yang menuntut di Taiwan dan menjadi sasaran pengintip Taiwan dengan menabur wang, cinta dan persahabatan.

Tuduhan itu dibuat ketika China kini meningkatkan usa­ha menggalakkan penduduk Taiwan agar kekal di negara ini dengan kad pengenalan baharu dan imbuhan lain.

Taiwan telah memberi ama­ran kepada penduduknya agar berhati-hati terhadap risiko menetap di negara autokratik yang melaksanakan penapisan internet dan tidak menguntungkan.

China dan Taiwan seringkali saling menuduh mengintip negara masing-masing.

Pada 2017, seorang penuntut China yang menuntut di Taiwan dihukum penjara kerana me­ngumpulkan maklumat sensitif melalui orang hubungannya di sekolah dan jabatan kerajaan Taiwan selain cuba mewujudkan rangkaian pengintipan di pulau itu.

Taiwan membenarkan penuntut China melanjutkan pengajian di universiti milik­nya pada 2009.