“Negara ini mempunyai garis pantai sepanjang 18,000 kilometer dan kepentingan kita di luar negara semakin berkembang.

“Semua ini memerlukan kita menghantar pasukan tentera ke lokasi yang jauh untuk melindungi (kepentingan tersebut). Dalam keadaan ini, saya fikir kita memerlukan sekurang-kurangnya tiga kapal pengangkut pesawat,” kata Zhang Junshe, pegawai kanan di Institut Penyelidikan Tentera Laut di sini.

Pada November lalu, akhbar berbahasa Inggeris, China Daily memetik agensi berita Xinhua melaporkan, China telah memulakan pembinaan kapal pengangkut pesawat yang ketiga.

Ketika ini, China mempunyai sebuah kapal pengangkut pesawat, Liaoning. – AFP