Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shu­ang berkata, tindakan kapal USS John S. McCain itu disifatkan telah me­langgar undang-undang China dan antarabangsa selain mencemar kedau­latan serta keselamatan negara.

“China tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut,” ujar Shuang dalam satu kenyataan, sambil me­nam­bah Beijing akan membuat bantahan rasmi kepada Washington.

Tambah Shuang, operasi terbabit mendorong tentera laut China untuk memberi amaran kepada kapal berke­naan.

Dalam pada itu, seorang pegawai AS yang enggan dikenali berkata, kapal ter­babit bergerak pada jarak enam batu nautika dari pulau buatan China, Mishief Reef sebagai sebahagian daripada operasi kebebasan belayar.

Ujar pegawai itu lagi, China menghantar sekurang-kurangnya 10 kali amaran radio kepada USS John S. McCain.

“Mereka mengarahkan kami berundur. Kami memaklumkan kepada mereka bahawa kami sedang mela­ku­kan operasi rutin di per­­airan antarabangsa,” jelas pegawai tersebut.

Terumbu karang berke­naan merupakan sebahagian daripada Kepulauan Spratly di Laut China Selatan, yang dituntut oleh China dan beberapa negara lain termasuk Malaysia, Indonesia dan Filipina. – AFP