China dan anggota ASEAN sudah lama mengharapkan supaya kod tatalaku itu dipersetujui, 15 tahun selepas usaha mendraf kerangka itu dibuat.

Selepas satu pertemuan antara pegawai-pegawai dari China dan ASEAN diadakan di bandar Guiyan, selatan negara ini, Kementerian Luar China berkata, kerangka itu telah dipersetujui tanpa mendedahkan sebarang butiran tentang kandungannya. - REUTERS