Pasangan itu turut mempunyai seorang anak lelaki, Bear yang lahir pada Mac tahun lalu.

Lapor BBC, mereka sedih untuk mengumumkan keputusan yang sukar dibuat sambil menambah, ‘kami masih mempunyai rasa kasih sa­yang sesama kami sebagai sebuah keluarga’.

Cheryl turut memuat naik status di laman Twitternya, ‘Bear adalah dunia kami dan kami meminta kamu menghormati privasi dan mengharungi perkara ini bersama-sama’.

Payne juga memuat naik status yang lebih kurang sama kepada 33 juta pengikutnya di Twitter.

Hubungan Cheryl dengan Payne bermula selepas perceraiannya dengan pemilik restoran Perancis, Jean-Bernard Fernandez-Versin.

Cheryl sebelum ini turut berkahwin dengan bekas pemain bola sepak England, Ashley Cole.

Mac lalu, Payne me­ngaku bahawa dia dan Cheryl berdepan cabaran dalam hubungan, sama seperti laporan akhbar tabloid yang menyiarkan mengenai kehidupan mereka bersama-sama.