Sejak beberapa minggu lalu, Cambridge Analytica berdepan tekanan susulan pendedahan dibuat bahawa syarikat itu menggodam data sehingga 87 juta pengguna Facebook.

Pada 2016, syarikat itu dilantik untuk membantu kempen Pilihan Raya Presiden Donald Trump.

Cambridge Analytica mendakwa berdepan pelbagai tuduhan yang tidak berasas yang menjejaskan perniagaan mereka dan menyebabkan ia tidak mempunyai pilihan lain, kecuali menutup operasinya.

"Walaupun Cambridge Analytica yakin bahawa kakitangannya sudah bertindak secara etika dan sah mengikut undang-undang, tetapi liputan media yang keterlaluan menyebabkan semua pelanggan dan pembekal menjauhkan diri dari syarikat ini.

"Berikutan itu, kami menganggap kami tidak perlu lagi meneruskan operasi dalam perniagaan ini," kata syarikat itu dalam satu kenyataan. - AFP