Pelaksanaannya diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga California, sekali gus bakal membolehkan negeri itu mengatasi masalah pelepasan gas rumah hijau.

Undang-undang negeri California juga menetapkan bahawa sebanyak 50 peratus bekalan elektrik akan dihasilkan daripada bahan bukan karbon menje­lang 2030.

Bagaimanapun, mandat ter­se­but masih memerlukan kelulusan daripada Suruhanjaya Pia­waian Bangunan.

Berdasarkan pelaksanaan itu, pemilik rumah dijangka perlu membayar kira-kira AS$40 (RM158) bagi gadai janji, tetapi pada masa yang sama dapat menjimatkan bil penggunaan sebanyak AS$80 (RM316) sebulan bagi keperluan pemanasan, penyejukan dan pencahayaan.

Suruhanjaya itu juga menyatakan bahawa tahap piawaian baharu itu dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang bersamaan dengan kira-kira 115,000 kereta menggunakan ba­han api daripada fosil.

Sementara itu, beberapa pi­hak mengkritik pelaksanaan itu dengan mendakwa akan menyebabkan kos pembinaan rumah boleh meningkat hampir AS$10,000 (RM39,505). – AFP