Menurut jurucakap Parlimen, pihaknya menyedari terhadap sebarang situasi yang boleh berlaku membabitkan bungkusan tersebut.

“Tiada pemindahan dilakukan, tetapi kawasan yang terjejas telah ditutup,” kata jurucakap tersebut dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Sementara itu, polis dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, dua orang telah dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam perkembangan lain, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata London mesti menjelaskan kedudukannya berhubung kes cubaan bunuh membabitkan bekas ejen negara itu di United Kingdom (UK) sebelum mengadakan perbincangan dengan Moscow.

“Selesaikan isu tersebut dari pihak anda dan kemudian kami boleh berbincang dengan kamu,” kata Putin. - AFP/REUTERS