Pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, satu persetujuan telah dicapai bagi melarang sebarang import, penjualan, pengedaran dan penggunaan bunga api di wilayah Galapagos.

Namun bunga api yang mengeluarkan cahaya tetapi tidak mempunyai bunyi telah dikeluarkan daripada larangan terbabit.

Selain itu, pihak berkuasa menyatakan larangan itu dilaksanakan bagi menghalang sebarang pencemaran udara dan sumber air. - AFP