Perkhidmatan kecemasan yang menerima maklumat pemberitahuan kira-kira pada pukul 10 malam waktu tempatan semalam berkata, kedua-dua bot berkenaan telah berlanggar di Sungai Volga, kira-kira 250 meter dari tebing sungai.

Menurut agensi berita RIA yang memetik laporan pentadbiran tempatan berkata, terdapat 16 orang yang berada dalam bot pelayaran berkenaan dan kesemua mereka adalah rakyat Rusia.

Menurut laman sesawang gabebor daerah Andrei Bocharov, sebanyak lima orang telah diselamatkan dan tiga lagi yang terselamat berada di hospital.

Sementara itu, sebuah siasatan telah dibuka bagi mencari punca perlanggaran. -REUTERS